Apa yang nak di baca? bacalah apa saja…
Bukan apa yang dibaca yang akan dibincangkan hari ini, tapi apa kesan dari pembacaan. Bacalah apa-apa bahan sekalipun, yang penting ialah pemahaman kita, bagaimana penerimaan kita? Adakah terus percaya, kaji dahulu, fikir-fikirkan, baca sambil lalu sahaja dan tak beri kesan apa-apa kepada pemikiran kita seterusnya tindakan kita.
Macaman kita baca, bukannya aku nak bincang pasal kedudukan membaca, berdiri, duduk terlentang dan sebagainya, tapi bagaimana kita dapat membezakan sesuatu selepas membacanya, adakah ia membantu kita menuju jalan kebenaran atau bertambah sesat… bertambah keliru.
Macamana kita nak buktikan pengetahuan kita telah berada di atas landasan yang benar? Mungkin lawan baca ialah tulis. Mungkin apabila kita menulis semula apa yang kita fahami dari pembacaan dan dibaca pula oleh oran lain, apabila pembaca memberikan pandanganya pula kepada kita (respond) kita boleh menilai sekali lagi apakah tersasar atau betul. Walaumacamana sekalipun, ia masih bergantung kepada hati, adakah hati telah dicuci. Semoga tuhan tunjuki jalan yang benar.