Bukan nak mengada-ada, tapi nak tulis je… bukannya ada apa-apa, cuma teringat kisah dulu-dulu. Aku paling tak minat pelajaran kimia, aku dapat 9 masa SPM dulu. Rupa-rupanya aku bukan tak minat semua subjek kimia, bila subjek kimia di pisahkan kepada kimia organik dan kimia fizikal, baru aku tau, rupa-rupanya aku tak minat kimia organik, kimia fizikal aku minat la jugak.
Tapi bila difikirkan, sebenarnya aku bukannya tak suka 100% kepada kimia organik ni, ada juga yang aku suka di dalam tak suka. Rupa-rupanya kita adalah organik, terdiri dari ikatan molekul-molekul yang membentuk sel-sel, dari berjuta-juta sel terbentuklah kulit, hati, rambut, mata dan lain-lain anggota.
Betullah jika kita tak suka kepada sesuatu, jangan berlebihan, berpada-padalah, mungkin ada kebaikan di dalamnya yang kita belum tahu.