Harap anda tidak melenting, marah atau apa sahaja sangkaan buruk dengan soalan yang akan disampaikan nanti, persoalan ini timbul gara-gara aku terbaca cerita Natrah yang dipaksa menukar agama. Macama agaknya keadaan kita masa itu jika mengalami suasana sama. Semoga kemampun bertindak sekuat kepercayaan, semoga kepercayaan tentang kebenaran adalah kebenaran yang sebenar…
Siapalagi tempat memohon pertolongan kalau tidak kepada tuhan yang maha esa, yang tidak beranak, tidak juga diperanakan, tiada yang menyerupainya, dialah yang disembah dan dialah tuhan yang maha hebat.
Kadang-kadang aku terfikir juga, macamana agaknya keadaan aku, jika dilahirkan bukan sebagai anak orang Islam, adakah aku akan mempertahankan agama anutan keluarga, atau mencari agama apa yang benar. Macaman jika soalah itu adalah terbalik????? adakah kita mencari apakah agama yang benar ? atau kita ikut sahaja.
Harap ramai yang yakin ugama yang dianutinya adalah benar dan benar-benar menganuti agama tersebut.
Minta maaf jika salah tulis dan anda faham dengan tidak seperti yang aku ingin nyatakan, atau mungkin aku sebenarnya salah, jika begitu tolong perbetulkan. Hanya Allah s.w.t. yang maha mengetahui.