Mengapa mudah lupa, baru beberapa patah menulis, dah lupa nak tulis apa….
oo.. sebab itulah kita kena merancang, kena buat draf, kena buat semakan, kena buat checklist….
Tapi, perlukah? perlukah buat itu semua hanya sekadar untuk menulis di blog… tidakkah ada orang pernah berkata, blog aku ikut suka aku apa aku nak tulis…. Nampak macam betul, tapi bila fikir balik, orang yang begitu mungkin telah dikategorikan sebagai syok sendiri….
Ha ha buat malu aje tulis blog untuk syok sendiri. Betul ke orang buat blog untuk cari publisiti? sapa pulak kata gitu ye… Kena buat penyelidikan ni… tapi malas la pulak! Mungkin khabar angin ini tak betul, mungkin andaian aku ni tak betul dan mungkin tak pernah betul. Banyak sebab mereka menulis dalam blog, politik? sebarkan ilmu? kongsi ilmu? Anda pula sebab apa?
Eh! ilmu apa yang aku ada ni…. nak bincang pasal apa? Macam-macam perkara boleh kita bicara, pendek kata jalan je… nanti jumpalah panca dan robanya. Terima kasih, dan salam hormat.