Sungguh sedih apabila ada manusia yang sanggup menjaja nama orang-orang budiman sebagai orang yang membuat kerosakan atau orang-orang aneh. Salah seorang yang dijadikan bahan untuk mengukuhkan puak masing-masing ialah tabii yang dikenali sebagai Uwais. Macam-macam cerita direka untuk membenarkan kepentingan masing-masing.
Yang lebih sedih lagi ialah apabila ada orang yang kritis pemikirannya, lalu menghina orang yang tidak berkenaan, hanya semata-mata kerana orang lain yang tidak bertanggungjawab menjaja namanya sebagai orang-orang aneh tanpa rujukan yang sahih.
Semoga Tuhan mencucuri Rahmat ke atas hamba-hambanya yang beriman dan melakukan amal soleh.