Teringat lagu suci dalam debu….
Suci memerlukan cuci, begitulah perjalanan kehidupan, walaupun pada asalnya suci tapi selepas mengharungi kehidupan, sedikit-sebanyak akan kotor juga. Mahu atau tidak, jika kita ingin terus suci, mesti melalui proses cuci. Macamana mencuci?
Banyak perkara nak dicuci, banyak perkara nak diceritakan, kita pilih satu sahaja untuk hari ini, kita cuci hati kita. Macamana nak cuci hati, adakah di sini mereka yang hatinya telah betul-betul suci hingga tidak perlu dicuci lagi?
Bagi orang yang hatinya sudah biasa dicuci, tak kira macamana caranya, mungkin mudah sahaja untuk tugas ini. Tak payah ada banyak formula, tak payah ada 7 atau 14 cara, yang penting ialah dah ada caranya dan yang lebih penting lagi ialah “teruskan….”
Macaman dengan mereka yang dah lama “bergelumang” (betol ke tidak aku eja) dengan dosa, lupa, tak peduli apa dah jadi, tak sedar lagi dan entah apa istilah seangkatang dengannya lagi, aku pun tak tau dan tak reti nak kata. Apa! tidak terasakah nak cuci hati ini? Tak pernahkah terdetik untuk rasa rimas dengan keadaan sekarang, tak terasakan nak berubah, tak rasa nak hijrah????
Bagi yang tahu erti solat, yang pandai baca quran dan faham, mudahlah nak berubah, nak cuci hati kaedah ini, macaman pulak dengan mereka yang dari kecik tidak pernah belajar benda-benda ini, tak kiralah mak-bapak tak suruh ke diri sendiri tak nak. Macaman nak cuci?, nak pergi jumpa ustaz, rasa tak nak pulak, buruk sangka pun banyak juga.
Apa kata kita buat cara sembunyi-sembunyi dulu, macamana tu????
Mintak dengan tuhan, mintak dengan hati sendiri. Kata nak cuci hati, mintaklah dengan hati dulu. Bila dah rasa macam dah rasa “ready” nanti adalah tu langkah seterusnya, manalah aku tahu caranya, tanyalah tuhan, semoga tuhan bagi caranya. Bukankah tuhan yang menjadikan segalanya.
Tapi ingat, aku pun kena ingat betul-betul, mencuci hati tidak semestinya mengakibatkan hati jadi suci, mungkin kerana masih tak kena caranya, mungkin tak tahu apa penyakit-penyakit hati. Atau mungkin hati masih berkeras tak nak terima?
Hati-hati, takut aku tersalah tulis dan ko pulak percaya. Akhirnya aku harap dapat jaga hati anda semua, semoga tidak tersinggung, kalau salah tolong perbetulkan. Allah yang mengetahui segalanya.